My Follower

Halaman Utama

Rindu Sekolah Rindu Kenangan

Dah lama tak update blog, malam nie terasa nak update blog. Okay, tak sangka masa cepat je berlalu. Daripada baby sampailah masuk tadika, pastu sekolah rendah, pastu sekolah menengah and now dah pun habis sekolah. Alhamdulillah, dah 17 tahun Harra hidup kat dunia yang sementara nie dan alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk Harra berubah :') Taniah kepada mereka yang sedang dan sudah pun berhijrah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, semoga kalian terus istiqomah ye! 
Sebenarnya Harra taktau nak mulakan ayat macam mane...dah 3 minggu habis sekolah dan menjadi penganggur di rumah. To be honest, i miss my bestfriend and my friends especially Sofea, Diyanna, Fathin and Intan. Bila aku marah and sedih aku harap sangat aku dapat jumpa korang, tengok muka korang hilang semua kemarahan dan kesedihan aku. Bila aku gembira, aku nak korang jadi orang ketiga tahu berita tu. Orang pertama dan kedua korang sendiri faham siapa. Aku tahu aku gagal jadi sahabat dan kawan yang baik untuk korang. Aku sedar kadang-kadang aku ego, aku annoying, aku....tapi aku bersyukur dapat kenal korang, jadikan korang sahabat dan kawan aku. Aku berterima kasih atas semua benda yang korang dah buad untuk aku. Sofea...walaupun kadang-kadang kau anoyying gila nak mati tapi aku tetap sayang kau. Sebab kau jugaklah yang selalu buad aku gelak tak ingat dunia. Kau pernah bagi aku semangat tatkala aku lemah. Kau lah yang pinjamkan aku pelukan bila aku sedih yang amat. Kau lah yang kadang-kadang ingatkan aku tentang mati. Yanna...walaupun yanna mungkin tak baca blog kita tapi kita tetap nak tulis pasal yanna. Kita sayang yanna. Yanna ade bila kita sedih, yanna lah yang bagi kata-kata semangat bila kita tengah down. Yanna lah yang selalu buad kita ketawa dengan kerenah dan telatah yanna. Yanna buad hari-hari kita penuh dengan keceriaan, terima kasih. Fathin...kita pun sayang fathin. Walaupun tahun nie kita berdua tak rapat macam tahun lepas tapi kita tetap sayang fathin. Kita rindu nak peluk fathin and bercerita dengan fathin macam dulu. Dulu, fathinlah tempat kita mengadu semua kesedihan dan kegembiraan kita. Intan...kita nak jujur something dengan intan. Kita harap intan tak salah faham ye? Jujur kita masih tak boleh lupakan peristiwa tahun nie, peristiwa apa kita taknak tulis dekat sini. Intan fahamkan maksud kita? Tapi ade yang kita tahu tanpa pengetahuan intan. Kita dah maafkan intan tapi kita masih tak boleh dan susah nak lupakan semua tu. Kita minta maaf intan. Kita tau semua orang buad silap tapi  semua tu sangat mendalam bagi kita, kita tak boleh nak lupakan. Kita sayang intan tapi bagi kita masa untuk lupakan semua tu. Terima kasih sebab pernah tolong kita, pinjamkan kita bantal peluk and terima kasih sebab dengar story kita selama nie.
D'FaRaFieQien...di kesempatan ini saya Wan Nurhajirah ingin minta maaf kerana gagal menjadi seorang sahabat dan kawan yang baik untuk kalian tapi aku tak pernah sekalipun tak bersyukur dan berterima kasih atas semua yang korang buad untuk aku :') Jangan pernah buad andaian yang aku akan atau dah lupakan korang, sebab aku takkan pernah lupakan semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan aku dari hati dan fikiran aku. Cuma...mungkin aku ego, maaf hm. Walaupun mungkin kita akan jarang atau takkan jumpa lagi, tapi kenangan kita semua tetap segar dalam ingatan aku. Thanks again untuk semuanya sayangku sekalian :'*
Untuk seseorang yang aku suka sehingga hari ini...semoga Allah sentiasa lindungi awak. Keep smiling k! Jangan pernah hapuskan senyuman awak walau apepun yang terjadi sebab senyuman awak terlalu manis. Saya akan simpan keychain and bunga origami yang awak bagi kat saya, insya Allah saya akan simpan baik-baik. Apepun kehadiran awak buad hidup saya penuh dengan senyuman dan ketawa. Alhamdulillah, semua nie terjadi dengan izin Allah. Apepun terima kasih ya awak. Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya, terima kasih sebab pernah nasihat saya, terima kasih sebab selalu buad saya happy and gelak. Terima kasih sesangat :) Sampai bila perasaan ni untuk awak biarlah Allah tentukan. Panjang umur, jodoh panjang kita jumpa lagi! 




WSD 


D' FaRaFieQien


Okay lah, sampai sini je. Harra undur diri dulu ya, assalamualaikum :)

Suke ? Like or Tick manemane box jeh :)